Kerjaya
Kami pasukan kecil tapi padu, fokus selesaikan masalah operasi sebenar untuk perniagaan di seluruh Malaysia. Kerja kami rapat dengan bisnes, hands-on, dan diukur dengan satu soalan: sistem tu betul-betul dipakai atau tidak.
Kami ambil orang perlahan-lahan. Pengasas kami dah bina sistem yang sokong jutaan ringgit GMV bulanan, merentas SME dan syarikat Fortune 500 di Asia Tenggara. Standard kami tinggi. Pasukan pula cukup kecil sampai apa yang anda hasilkan betul-betul ada kesan pada syarikat.
Kenapa sertai Pemizo
Kerja yang betul-betul guna untuk bisnes sebenar
Dalam bulan pertama anda, sesuatu yang anda bina akan dah berjalan dalam aliran kerja harian sebuah SME di Malaysia. Bukan alat dalaman yang buang lepas guna. Bukan demo yang tak pernah sampai ke pengguna sebenar.
Pasukan kecil, takde lapisan tengah
Anda kerja terus dengan engineer dan founder yang buat keputusan. Takde lapisan project manager yang jadi orang tengah antara anda dengan masalah. Kurang meeting, lebih banyak kerja siap.
Nampak keseluruhan sistem
Anda nampak kitaran penuh: discovery call, architecture, build, deploy, demo dengan client, monitoring. Kebanyakan graduan ambil masa bertahun-tahun baru dapat pengalaman seluas ni. Di sini anda dapat dalam beberapa bulan saja.
Cara kami sokong anda
Bergaji, bukan setakat "cari pengalaman"
Setiap jawatan bergaji. Termasuk intern. Kami tak bergantung pada budi baik pelajar.
Hybrid dari PJ
Pejabat di Petaling Jaya. Campuran kerja di pejabat dan remote, diatur bersama pasukan. Bukan 5 hari di pejabat, bukan juga remote sepenuhnya.
Tooling AI-first, syarikat yang tanggung
Claude, Codex, Cursor, Gemini, semua syarikat bayar. Hardware moden. Kami harap anda hasilkan kerja lagi laju dengan AI, dan kami beri apa yang anda perlukan untuk buat begitu.
Talian terus dengan orang yang buat keputusan
Orang yang tentukan apa nak dibina adalah orang yang sama yang duduk sebelah anda. Pusingan maklum balas pendek. Idea bagus cepat naik.
Jawatan terbuka
Kau design setiap skrin yang kami ship: sistem yang staf admin duduk depan sepanjang hari, dashboard yang tuan punya business check atas telefon sementara tunggu meeting, dan page yang buat dia call kami dulu. Semua ada kerja masing-masing, takde satu pun yang kecil.
Kami bina custom system dan SaaS untuk business Malaysia. Orang yang guna barang kami bukan designer, bukan developer, bukan early adopter. Dia admin executive dengan 40 tab browser terbuka, sales coordinator yang share satu laptop, tuan punya business yang check angka atas telefon sementara tunggu meeting. Kalau skrin tu lagi susah dari WhatsApp dan Excel, mereka balik guna WhatsApp dan Excel, dan projek tu gagal walau berapa cantik pun rupanya. Kekangan tu lah kerja ni sebenarnya. Kau akan jadi designer pertama di sini, kerja terus dengan founder, takde design committee nak lepas, takde brand guideline lama nak ikut.
Belajar product design atas sistem yang orang dibayar untuk guna: CRM yang staf admin duduk depan sepanjang hari, dashboard yang tuan punya business check sementara tunggu meeting. Kau lukis, kami bina, dalam beberapa minggu ada orang guna untuk buat kerja sebenar dia.
Kami bina custom system dan SaaS untuk business Malaysia. Orang yang guna barang kami bukan designer, bukan early adopter. Dia admin executive dengan 40 tab browser terbuka, sales coordinator yang share satu laptop, tuan punya business yang check angka atas telefon. Kalau skrin tu lagi susah dari WhatsApp dan Excel, mereka balik guna WhatsApp dan Excel. Sebagai intern di sini kau duduk sebelah founder, kau dapat skrin sebenar dengan deadline sebenar, dan takde satu pun yang kau lukis jadi latihan buang.
Bawa masuk perbualan. Kau cari tuan punya SME Malaysia yang masih jalankan business atas group WhatsApp dan spreadsheet, buka perbualan, join discovery, dan jaga follow-up sampai deal tu close atau mati dengan sebab yang jelas.
Kami bina custom system dan SaaS untuk business Malaysia. Setakat ni founder yang buat semua jualan, dan itulah bottleneck: pipeline hanya bergerak pada hari dia tak bina. Peranan ni ambil alih benda tu. Pembeli kami tuan punya business yang buat keputusan sambil minum kopi, bukan dalam boardroom, dan dia dah kena quote oleh tiga kedai lain sebelum ni. Kau takkan baca skrip. Kau kena kenal business ni cukup dalam sampai boleh cakap jujur dekat tuan punya business sama ada kami memang kedai yang betul untuk masalah dia.
Belajar macam mana satu deal betul-betul jadi, dari mesej cold pertama sampai proposal yang ditandatangan. Kau buat research, draf outreach, join call sebenar, dan pastikan content terus keluar.
Kami bina custom system dan SaaS untuk business Malaysia, dan founder masih orang yang jual. Maksudnya intern di sini bukan kemas CRM untuk orang lain. Kau ada dalam pipeline yang hidup: senarai yang kau bina akan kena mesej, mesej yang kau draf akan kena hantar, dan call yang kau join tu satu business sebenar tengah fikir nak belanja duit betul dekat kami. Takde simulasi di sini, dan takde suruh belikan kopi.
Content kami makin banyak, seorang founder tak patut tulis semua sendiri. Kami cari partner freelance jangka panjang untuk pegang content English dan Mandarin kami, orang yang kami brief sekali dan boleh percaya untuk ship. Tulisan anda akan sampai depan mata para towkay yang sedang fikir nak modenkan operasi mereka.
Kami team kecil yang bina custom system dan SaaS untuk bisnes Malaysia, dan kami bootstrap sendiri. Anda tulis untuk towkay yang buat keputusan sambil minum kopi, bukan dalam boardroom.
Macam mana proses pengambilan
Kami bergerak laju tapi tak cuai. Setiap langkah direka untuk bagi kedua-dua pihak gambaran jujur sama ada ni padan atau tidak.
01
Mohon
Hantar CV dan satu nota pendek kenapa anda nak jawatan ni, ke hello@pemizo.com.my. Dua perenggan dah cukup. Kami baca setiap permohonan.
02
Panggilan dengan founder
Panggilan 30 hingga 45 minit dengan seorang founder. Kami borak pasal latar belakang anda, jawatan ni, dan macam mana sebenarnya kerja di sini. Takde soalan menjerat.
03
Take-home
Satu tugasan kecil dan jelas skopnya yang mencerminkan kerja sebenar, lebih kurang 4 hingga 6 jam. Kami bayar anda untuk tu sama ada anda teruskan atau tidak. Kami bincang cara anda buat, bukan setakat hasilnya.
04
Pusingan akhir
Jumpa pasukan yang anda akan kerja sama. Bincang take-home tu bersama, tanya apa-apa yang masih tergantung, dan kedua-dua pihak putuskan. Keputusan dalam 5 hari bekerja.
Takde jawatan yang padan?
Kami buka jawatan ikut keperluan pasukan, bukan ikut kalendar. Kalau anda dah hasilkan benda yang anda bangga dan jenis masalah yang kami selesaikan ni bunyi menarik, tulis pada kami. Dua perenggan tentang diri anda dan apa yang anda nak bina dah cukup.
Email pasukan kamiSoalan lazim
Ya. Setiap jawatan di Pemizo bergaji, sepenuh masa dan intern sama je. Kami tak bergantung pada budi baik pelajar.
Sebahagiannya boleh, untuk jawatan sepenuh masa. Kami hybrid dari Petaling Jaya dengan ritma yang diatur bersama pasukan, dan lagi senior jawatan tu lagi fleksibel. Intern pengecualian, mereka habiskan sekurang-kurangnya sebahagian minggu di pejabat.
Untuk jawatan sepenuh masa kami pertimbang ikut kes, dan standardnya tinggi. Buat masa ni tidak untuk intern.
Selalunya ya, tapi tak dijamin. Kami pernah tawarkan jawatan sepenuh masa pada intern yang hasilkan kerja yang kuat dan nak terus tinggal. Kami berterus terang kalau memang tak padan.
Guna setiap hari. Kami bayar untuk Claude, Codex, Cursor, Gemini. Kami harap anda hasilkan kerja lagi laju dengan AI, bukan tampal hasil yang anda sendiri tak faham. Kami ambil orang yang guna AI sebagai pengungkit, bukan sebagai tongkat.
Lebih kurang dua hingga tiga minggu dari mula sampai habis. Kami komited bagi keputusan dalam 5 hari bekerja selepas pusingan akhir.